Pinjaman Peribadi UOB

Pinjaman Peribadi UOB

 

Jenis Pinjaman Peribadi UOB

Pinjaman peribadi UOB mempunyai ciri-cirinya yang tersendiri dan boleh memberikan faedah mengikut keperluan kewangan dan syarat-syarat kelayakan pemohon pinjaman. Antara pinjaman peribadi itu termasuklah;

Pinjaman Peribadi UOB CashPlus

Pinjaman peribadi ini boleh diperolehi oleh rakyat dari pelbagai negara yang telah mempunyai akaun UOB CashPlus. Walaubagaimanapun, mereka mestilah mempunyai jumlah pendapatan minimum sebanyak RM30,000 setahun untuk memohon pinjaman ini. Selain itu, pinjaman peribadi UOB CashPlus tidak mempunyai bayaran pemprosesan tetapi ia mempunyai caj RM300 atau 3% dari amaun yang dipinjam apabila pemohon ingin membuat pembayaran lebih awal daripada tempoh pinjaman yang telah dipersetujui.

Pinjaman Peribadi Kad UOB

Pinjaman peribadi Kad UOB adalah pinjaman peribadi terbuka kepada semua orang. Bayaran proses nominal pinjaman peribadi ini bergantung pada amaun pinjaman yang telah dikenakan. Kadar faedah pinjaman peribadi ini adalah di antara 14.15% hingga 17.88% bergantung pada amaun pinjaman dan tempoh pembayaran. Mereka yang memperoleh pendapatan minimum sebanyak RM30,000 sahaja yang layak memohon pinjaman peribadi ini.

Dokumen

Sekiranya pemohon ialah pekerja bergaji dan merancang untuk mengambil pinjaman peribadi UOB, pemohon perlu menyediakan dokumen seperti salinan kad pengenalan diri (depan dan belakang), salinan halaman pertama pasport pemohon, salinan penyata bank yang terkini, slip gaji untuk 1 atau 3 bulan terkini, borang EA terkini, penyata EPF untuk 6 bulan terkini, atau borang BE dengan slip atau resit yang telah disahkan. Sebaliknya, pemohon yang bekerja sendiri perlu menyediakan dokumen seperti salinan kad pengenalan diri (depan dan belakang), borang B/BE yang terkini dengan lampiran resit bayaran cukai, penyata bank untuk 3 bulan yang terkini dengan transaksi kredit gaji, borang 9, 24, atau 49, atau Sijil Pendaftaran Perniagaan. Pemohon yang bekerja sendiri juga perlu mempunyai rekod kredit (CTOS/CCRIS) yang bagus untuk layak memohon pinjaman peribadi ini.

Caj & Bayaran

Bayaran sekali seumur hidup untuk duti setem sebanyak 0.5% atas amaun pinjaman yang akan dipotong dahulu sebelum pinjaman dikeluarkan oleh bank. Denda untuk bayaran lewat sebanyak 1% daripada amaun pinjaman yang belum dijelaskan atau RM10 setiap hari mengikut mana yang lebih tinggi. Namun, caj bayaran lewat akan menaikkan amaun keseluruhan pinjaman peribadi yang belum dijelaskan.

Sejarah UOB

United Overseas Bank (UOB), Malaysia menawarkan pinjaman peribadi pada kadar faedah yang menarik melalui dua saluran tetap iaitu secara kad atau tunai. Pertama kali diperbadankan dalam tahun 1935 dengan nama United Chinese Bank, UOB menukar namanya pada tahun 1965. Bank ini telah berkembang menjadi institusi kewangan terbesar Asia dalam tempoh 79 tahun dengan pelbagai penggabungan dan pengambilalihan. Di samping itu, bank ini mempunyai ibu pejabat di Singapura dan ia memenuhi pelbagai bilangan klien di Asia Tenggara melalui 500 cawangannya di 19 negara di seluruh dunia. Kini UOB telah menjadi salah satu bank terkemuka di Malaysia dengan menawarkan perbankan konvensional serta produk perbankan Islam dan perkhidmatan kepada pelanggannya. Salah satu produknya iaitu pinjaman peribadi UOB adalah pinjaman yang mudah dan efektif dalam memperoleh wang ketika waktu yang sukar.

Pinjaman peribadi UOB adalah pinjaman peribadi tidak bercagar sehingga 5 tahun untuk kakitangan Kerajaan, pekerja organisasi sektor swasta, dan individu yang bekerja sendiri. Ia memberi tumpuan kepada mereka yang gemar untuk memohon amaun pinjaman minimum sebanyak RM5,000 sehingga maksimum RM100,000. Pemohon berpeluang untuk menikmati kadar faedah tetap dari 9.99% sehingga 11.99% setahun yang bergantung pada amaun pinjaman yang dimohon. Bagi berpeluang untuk memohon pinjaman peribadi UOB, pemohon mestilah sekurang-kurangnya berumur 21 tahun sehingga 55 tahun. Pemohon juga boleh mengambil pinjaman peribadi UOB dengan tempoh pinjaman minimum 1 tahun sehingga 5 tahun dan ia merupakan permohonan yang tidak menyusahkan pemohon kerana ia tidak memerlukan penjamin atau cagaran.

  • August 21, 2016
  • Similar Posts
    Pelaburan Emas Bank Rakyat
    Kini, pelaburan emas merupakan salah satu pelaburan yang popular di kalangan rakyat Malaysia. Pelaburan emas menjanjikan keuntungan yang lumayan jika...
    Pinjaman Peribadi OCBC
    Skim Pembiayaan Progres-i merupakan satu skim pembiayaan yang telah ditawarkan oleh OCBC Bank kepada orang ramai di Malaysia. OCBC bank...
    Pinjaman Peribadi Easy RHB
    Pinjaman peribadi easy RHB merupakan kumpulan perbankan yang telah memperkenalkan konsepnya melalui perbankan mudah iaitu ‘easy’ di setiap cawangannya sendiri....