Pinjaman Peribadi OCBC

Skim Pembiayaan Progres-i merupakan satu skim pembiayaan yang telah ditawarkan oleh OCBC Bank kepada orang ramai di Malaysia.

OCBC bank telah menawarkan jumlah pinjaman paling minimum sebanyak RM1,000 manakala RM20,000 sahaja paling maksimum bagi tempoh 2 tahun dan 10 tahun masing-masing.

Pinjaman ini hendaklah dibuat berdasarkan kepada kelayakan – kelayakan seperti berikut :

  • Individu yang memohon hendaklah berstatus warganegara Malaysia ataupun penduduk tetap (PR)
  • Berumur 21 sehingga 28 tahun dan tidak melebihi 55 tahun.
  • Memiliki pendapatan bulanan kasar paling maksimum sejumlah RM5,000 dan minimum RM2,500 sebulan

Dokumen yang perlu dilampirkan untuk mengemukan permohonan pinjaman adalah seperti berikut :

  • salinan kad pengenalan bahagian hadapan dan belakang
  • satu salinan slip gaji sebulan ataupun penyata EPF selama tempoh setahun

Peminjam akan menikmatu kadar keuntungan tahunan serendah dari 6.99% sehingga 17.88% manakala 13.5% sehingga 26.58% masing-masing bergantung kepada jumlah serta trmpoh pinjaman yang dilakukan.

Pemohon tidak perlu mengemukakan sebarang penjamin ataupun cagaran untuk membuat permohonan pinjaman.

Antara manfaat yang diterima oleh peminjam adalah :

  • Ansuran bulanan serendah RM100
  • stamping dokumen tidak diperlukan
  • Dilindungi Takaful
  • Tidak dikenakan sebarang caj stamping dan yuran pemprosesan.

*Diingatkan kepada peminjam bahawa peminjam diwanibkan untuj membuat perlindungan takaful.

Sebarang kelewatan dalam pembayaran ansuran bulanan dengab jumlah yang tertunggak, 1% setahun akan dikenakan caj dan dikira dari tarikh ansuran bulanan perlu dibayar sehingga tarikh bayaran sepenuhnya diterima oleh pihak bank.

Sekiranya bayaran ansuran diselesaikan dalam separuh penggal pertama bagi tempoh pinjaman , jumlah penyelesaian awal yang berjumlah RM150 ataupun jumlah bersamaan 2.5% daripada baki pinjaman akan dikenakan caj bergantung kepada nilai mana satu yang lebih tinggi.

Caj lewat bayar: 1% setahun ke atas jumlah tertunggak, dikira daripada tarikh perlu dibayar sehingga tarikh bayaran penuh diterima.

Sebarang pertanyaan dan maklumat yang lebih terperinci, anda boleh mengunjungi mana-mana bank cawangan ocbc yang berdekatan.

Semoga perkongsian ini, memudahkan urusan sebagai salah satu rujukan untuk membuat pinjaman OCBC Bank.

 

  • April 21, 2017
  • Similar Posts
    Pinjaman Peribadi Easy RHB
    Pinjaman peribadi easy RHB merupakan kumpulan perbankan yang telah memperkenalkan konsepnya melalui perbankan mudah iaitu ‘easy’ di setiap cawangannya sendiri....
    MBSB Personal Loan
      This MBSB personal loan is open to employees working in the public and private sectors The interest rates are...
    Maybank Personal Loan
    Being a personal loan of unsecured loan nature, you do not need to provide a guarantor or collateral to apply...