Pinjaman Peribadi Easy RHB

Pinjaman peribadi easy RHB merupakan kumpulan perbankan yang telah memperkenalkan konsepnya melalui perbankan mudah iaitu ‘easy’ di setiap cawangannya sendiri.  Menurut pengarah urusan kumpulan perbankan easy RHB ini, konsep ini membolehkan pelanggan intuk sebarang urusan perbankan harian mereka yang hanya memperuntukkan masa beberapa minit sahaja.

Umumnya, semua orang tahu bahawa segala urusan melalui perbankan terutama pinjaman peribadi perlu dilakukan dengan menggunakan borang, namun sebaliknya pula bagi urusan perbankan ke atas pinjaman peribadi easy RHB. Pelanggan hanya perlu menggunakan Mykad mereka sahaja untuk melakukan sebarang urusan.

Perkembangan easy RHB telah semakin luas dan telah mensasarkan 50 cawangan easy pada masa akan datang. Konsep perbankan mudah easy RHB ini telah mengeluarkan beberapa produk selain daripda pinjaman peribadi. Antara yang mendapat perhatian hebat daripada pelanggan easy RHB sendiri adlah pinjaman peribadi yang dikatakam sangat mudah dan mengambil masa yang cepat dalam pemprosesannya.

Pinjaman peribadi Easy RHB telah mengehadkan jumlah pinjaman sebanyak RM150,000.00 paling maksimum yang bergantung juga kepada kelulusan kredit. Setakat ini, jumlah minimum yang boleh dibuat adalah sejumlah RM2,000 sahaja.

Easy-pinjaman telah membuat kemudahan pinjaman peribadi di mana tiada faedah telah dikenakan lebih awal ke atas jumlah pinjaman yang telah mendapat kelulusan. Faedah juga trlah dikira terlebih dahulu untuk keseluruhan tempoh.

Kaedah pengiraan kadar pokok (prinsipal) serta faedah akan menjadi peratusan yang lebih besar nilainya pada awalnya pada peringkat permulaan tempoh ansuran bulanan.

Berikut meruoakan kriteria yang diperlukan oleh pihak bank easy RHB yang dikenakan ke atas pekanggan bagi melayakkan mereka membuat permohonan pinjaman peribadu easy RHB.

  1. Warganegara Malaysia
  2. Mestil berumur 18 tahun ke atas sehingga 55 tahun.
  3. Pendapatan Kasar bulanan paling minimum RM18,000 setahun ataupun RM1,500.00 sebulan.

Dokumen yang perlu dikemukakan bagi pelanggan yang bergaji tetap adalah :

  • Salinan Kad Pengenalan depan dan belakang  
  • Penyatan gaji / slip gaji 1 bulan terkini
  • Penyata Bank yang telah dikemaskini
  • Penyata bank 6 bulan terakhir yang mencatatkan pendapatan syarikat mahupun perniagaan.
  • Boranf B / BE terkini yang dilampirkan sekali bersama slip pengesahan bayaran / resit kepada lembafa hasil dalam negeri (LHDN)

Dokumen yang perlu dikemukakan bagi pelanggan yang memperoleh pendapatan secara komisyen pekerja yang berstatus gaji tetap.

  • Salinan Kad Pengenalan depan dan belakang  
  • Penyatan gaji / slip gaji 1 bulan terkini
  • Penyata Bank 6 bulan terkini.
  • Slio /Prnyata pendapatan komisyen 6 bulan terkini.
  • Boranf B / BE terkini yang dilampirkan sekali bersama slip pengesahan bayaran / resit kepada lembafa hasil dalam negeri (LHDN)

 

Beberapa ciri-ciri pinjaman telah ditetapkan oleh pihak perbankan easy RHB. Antaranya adalah :

  • Pelanggan akan mendapat kelulusan dan pengeluaran wang dengan kadar segera (on the spot) jika semua memenuhi semua syarat yang ditetapkan.
  • Bagi tempoh pinjaman pula, paling minima adalah 12 bulan iaitu selama 1 tahun, manakala paling maksimum adalah 60 bulan iaitu selama 5 tahun  

Kadar faedah bersamaan kadar efektif iaitu sebanyak 15% hinggan 24% setahun bergantung kepada tempoh serta jumlah pinjaman yang dibuat.

Pelanggan diwajibkan untuk mengambil perlindungan takaful dan juga insurans daripada pihak bank ataupun daripada pihak lain asalkan memiliki perlindungan sewaktu tempoh pinjaman.

Kelewatan daripada pihak pelanggan untuk membuat pembayaran akan dikenakan caj sebanyak 1% setahun ke atas bagi jumlah ansuran bulanan yang mengalami tunggakan dari tarikh diperlukan bayar sehingga tarikh penyelesaian bayaran.

Berikut merupakan bebrapa manfaat yang diperolehi pelanggan sekiranya membuat pinjaman peribadi easy RHB. Antaranya :

  • Tidak memerlukan penjamin ataupun cagaran
  • Tiada dikenakan sebarang yuran bagi pengeluaran pinjaman.
  • Tiada wang pendahuluan / yuran pemprosesan dikenakan.
  • 0.5% duti setem daripada jumlah pinjaman yang telah dilulusakan akan ditolak daripda kemudahan tersebut.

Denda akan dikenakan sebanyak RM200.00 pada segiap pembayaran balik yang lebih awal sekiranya pinjaman diselesaikan dalam tempoh 6 bulan pertama daripda tarikh pinjaman diluluskan. Kadar faedah juga akan dikira semula jika pembayaran dibuat penuh ataupun sebahagian sebelum tempoh denda dikeluarkan.

Bagi mendapatkan maklumat lebih terperinci berkenaan pinjaman peribadi easy RHB anda boleh mengunjungi mana-mana cawqngan Easy RHB bagi mendapatkan maklumat yang lebih terperinci.

 

  • April 21, 2017
  • Similar Posts
    Pinjaman Peribadi OCBC
    Skim Pembiayaan Progres-i merupakan satu skim pembiayaan yang telah ditawarkan oleh OCBC Bank kepada orang ramai di Malaysia. OCBC bank...
    MBSB Personal Loan
      This MBSB personal loan is open to employees working in the public and private sectors The interest rates are...
    Maybank Personal Loan
    Being a personal loan of unsecured loan nature, you do not need to provide a guarantor or collateral to apply...