Pelaburan Emas Bank Rakyat

Kini, pelaburan emas merupakan salah satu pelaburan yang popular di kalangan rakyat Malaysia. Pelaburan emas menjanjikan keuntungan yang lumayan jika tahu ilmu dan cara yang betul. Modal yang diperlukan juga tidak begitu besar. Walau bagaimanapun, haruslah ingat bahawa mana – mana pelaburan mempunyai risiko yang tersendiri. Apa yang penting adalah ilmu dan persediaan yang cukup untuk memulakan sesuatu pelaburan. Pelaburan emas adalah pelaburan terbaik sebagai pelindung, insurans, penjana keuntungan dan penyelamat semasa keadaan ekonomi yang tidak menentu dengan  kejatuhan nilai wang, kenaikan harga barang, peningkatan kos sara hidup serta inflasi.

 

Terdapat banyak persaingan jenis pelaburan emas ini sama ada melalui syarikat atau bank. Salah satu jenis pelaburan emas adalah pelaburan emas Ar-Rahnu. Ar-Rahnu ialah pajak gadai kaedah Islam yang patuh syariah. Nilai yang biasanya diperoleh melalui pajak gadai Ar- Rahnu adalah sehingga 70-75% nilai emas yang dipajak gadai dalam bentuk wang tunai. Anda juga perlu membayar upah simpan yang ditetapkan mengikut per gram emas. Pada masa ini terdapat banyak institusi kewangan yang menawarkan kemudahan pajak gadai Islam Ar-Rahnu seperti Ar-Rahnu Xchange Bank Rakyat, Ar-Rahnu Agrobank, Ar-Rahnu Bank Muamalat, Ar-Rahnu Bank Islam, Ar-Rahnu Yapeim dan Pejabat Pos.

 

PAJAK GADAI-I AR-RAHNU BANK RAKYAT

 

Pajak Gadai-i Ar-Rahnu menawarkan pembiayaan tunai segera dan mudah sehingga RM50,000 dengan kadar upah simpan yang rendah berdasarkan 3 prinsip Syariah.

Konsep Syariah

  • Qard (pinjaman tanpa faedah)
  • Wadi`ah Yad Dhamanah (simpanan dengan jaminan ke atas barang gadaian)
  • Ujrah (upah simpan)

Kelayakan

  • Warganegara dan bukan warganegara Malaysia
  • Pemastautin tetap
  • Tidak muflis
  • Berumur 18 tahun ke atas

Keistimewaan

  • Bebas dari unsur riba’
  • Tiada yuran proses
  • Kadar upah simpan dikira secara harian
  • Tempoh gadaian yang lama
  • Barang kemas disimpan dengan selamat dengan pelindungan Takaful
  • Urusan niaga telus dan dibuat di hadapan pelanggan di dalam bilik khas

Syarat Barang Gadaian

  • Semua barangan kemas/emas KECUALI barang gadaian yang mempunyai batu dan berbentuk patung keagamaan atau makhluk hidup
  • Jongkong, wafer, syiling atau ketulan emas dengan SYARAT mempunyai Resit Pembelian atau Sijil Ketulenan
  • Barangan emas dihadiahkan oleh majikan kepada pekerja dalam perkhidmatan dengan syarat:
    • Pekerja mengemukakan dokumen Sijil Penghargaan
    • Mutu emas antara 22 hingga 24 karat
    • Berat tidak melebihi 300 gram

 

Langkah – langkah

  1. Perlu ada emas atau perak untuk digadai
  2. Semak Cawangan dan Masa Operasi
  3. Dapatkan wang tunai anda

 

Jumlah Pinjaman

  • Maksimum margin pinjaman sehingga 70% sahaja dari nilai barangan gadaian (Nilai Marhun)
  • Setiap gadaian tidak melebihi RM10,000 sehari dan tidak melebihi RM50,000 secara terkumpul

Tempoh Gadaian

  • Tempoh gadaian adalah 6 bulan ​

Tempoh Lanjutan Gadaian

  • Tempoh maksimum lanjutan gadaian tidak melebihi tempoh 18 bulan daripada tarikh gadaian

Cara Bayaran Balik

  • Secara sekaligus atau berperingkat-peringkat.

Upah simpan

  • Upah simpan dikira berdasarkan nilai marhun dan tempoh bilangan bulan gadaian ditebus.
  • Kadar upah simpan minimum bersamaan dengan kadar setengah bulan akan dikenakan ke atas barang gadaian yang ditebus bagi tempoh yang kurang daripada 15 hari.
  • Formula pengiraan upah simpan bagi Ar-Rahnu: a = b x c/100 x 12 x d/365
    • Upah simpan = a
    • Nilai marhun = b
    • Kadar upah simpan = c
    • Tempoh gadaian = d
  • Pengiraan Upah Simpan Pajak Gadai-i Ar-Rahnu berbanding Pajak Gadaian Konvensional adalah seperti dibawah:
    • Nilai barang kemas (nilai marhun): RM1,000
    • Jumlah Pinjaman : RM650
    • Tempoh: 6 bulan/180 hari
    • Kadar upah simpan: RM0.65

 

Dapatkan risalah mengenai Ar Rahnu Bank Rakyat di sini (klik)

  • October 10, 2017
  • Similar Posts
    Pinjaman Peribadi OCBC
    Skim Pembiayaan Progres-i merupakan satu skim pembiayaan yang telah ditawarkan oleh OCBC Bank kepada orang ramai di Malaysia. OCBC bank...
    Pinjaman Peribadi Easy RHB
    Pinjaman peribadi easy RHB merupakan kumpulan perbankan yang telah memperkenalkan konsepnya melalui perbankan mudah iaitu ‘easy’ di setiap cawangannya sendiri....
    MBSB Personal Loan
      This MBSB personal loan is open to employees working in the public and private sectors The interest rates are...