Kad Kredit Bank Rakyat

Kad Kredit Bank Rakyat

Bank Rakyat menawarkan empat jenis kad kredit (Kad Klasik, Kad Emas, Kad Platinum dan Kad Kredit Takaful Ikhlas) yang berlandaskan Syariah, tanpa syarat dan tanpa yuran tahunan untuk seumur hidup pelanggannya. Kad kredit yang ditawarkan oleh Bank Rakyat juga tidak mempunyai elemen berganda. Di samping itu, pemohon akan mendapat jaminan pembayaran penuh baki tertunggak melalui perlindungan Takaful keluarga dan khairat kematian (sebanyak RM1,000 yang akan diberikan kepada pewaris) secara percuma apabila mereka mengalami kecacatan kekal atau meninggal dunia.

Kadar keuntungan yang akan diperoleh pemohon adalah rendah dan mengikut Struktur Kadar Keuntungan Berperingkat seperti;

  1. Peringkat Pertama
  • Bagi Ahli Anggota Saham Bank Rakyat dan Bukan Ahli Anggota Saham Bank Rakyat yang membuat bayaran sebelum atau pada Tarikh Akhir Bayaran untuk 9 bulan berturut-turut akan mendapat kadar keuntungan sebanyak 13% dan 13.5% masing-masing.
  1. Peringkat Kedua
  • Bagi Ahli Anggota Saham Bank Rakyat dan Bukan Ahli Anggota Saham Bank Rakyat yang membuat bayaran sebelum atau pada Tarikh Akhir Bayaran untuk 6 bulan atau lebih dalam tempoh 9 bulan akan mendapat kadar keuntungan sebanyak 15.5% dan 17% masing-masing.
  1. Peringkat Ketiga
  • Bagi Ahli Anggota Saham Bank Rakyat dan Bukan Ahli Anggota Saham Bank Rakyat yang tidak memenuhi syarat-syarat peringkat pertama dan peringkat kedua akan mendapat kadar keuntungan sebanyak 17% dan 18% masing-masing.

Ganjaran

Pemohon akan mendapat 1 mata ganjaran melalui sistem Rakyat Rewards dengan setiap penggunaan bernilai RM10 dan mata ganjaran ini boleh ditukar pada bentuk tunai dengan nilai 10 mata ganjaran bersamaan dengan RM0.10. Pemohon juga boleh menikmati ganjaran Tabung Rakyat Rewards dengan rebat keuntungan sebanyak 0.5%, rekod pembayaran minimum sebanyak 1% dan lain-lain kemudahan pembiayaan minimum di Bank Rakyat sebanyak 0.5% yang berjumlah sebanyak 2% dan ia akan meningkat sebanyak 0.5% setiap tahun.

Perolehan Kad

Kad boleh diperoleh melalui pembayaran zakat dan melalui tempahan mel atau tempahan telefon. Pemerolehan kad melalui tempahan mel atau tempahan telefon membolehkan pemohon menikmati kemudahan dan diskaun istimewa akan dihantar bersama penyata bulanan kad kredit dari semasa ke semasa di bawah program ‘MOTO’ Bank.

Transaksi

Transaksi akan disekat sekiranya pemegang kad membeli barang tidak halal. Bagi transaksi luar negara dan pembelian online, pemegang kad perlu memaklumkan urusniaga mereka kepada Pusat Kad Bank Rakyat untuk tujuan keselamatan.

Tanggungjawab Pemegang Kad

Pemegang kad perlu membuat bayaran minima bulanan 5% atau RM50 yang mana lebih tinggi bagi membayar baki yang tertunggak. Di samping itu, pemegang kad perlu memastikan kad kredit mereka tidak digunakan untuk sebarang kegiatan yang menyalahi undang-undang sama ada secara lansung atau tidak lansung. Bagi pemegang kad tambahan, semua liabiliti dan obligasi yang dibuat oleh mereka perlu dipertanggungjawabkan kepada pemegang kad utama.

Kegagalan Melaksanakan Tanggungjawab Pemegang Kad

Pemegang kad akan didenda caj ganti rugi (Ta’widh) sebanyak 1% atau minima RM10 dan maksima RM100 sekiranya didapati tidak membuat bayaran pada tarikh ke-4 yang telah ditetapkan oleh Bank Rakyat atau bayaran yang dibuat adalah kurang daripada jumlah yang telah ditetapkan. Pihak bank juga berhak membatalkan Kad Kredit Bank Rakyat atau apa-apa perkhidmatan yang ditawarkan kepada pemegang kad utama atau pemegang kad tambahan sekiranya didapati menyalahgunakan kad untuk tujuan yang bertentangan dengan prinsip Syariah atau haram.

Kelayakan Permohonan

Umur pemohon haruslah 18 tahun dan ke atas (had maksima adalah 65 tahun) untuk kad tambahan sahaja dan 21 tahun dan ke atas (had maksima adalah 65 tahun) untuk kad utama. Di samping itu, pemohon haruslah mempunyai pendapatan tahunan antara RM24,000 dan RM60,000 setahun mengikut jenis kad kredit yang disediakan oleh Bank Rakyat.

Dokumen

Dokumen yang diperlukan oleh Bank Rakyat termasuklah;

  1. Salinan kad pengenalan atau pasport bagi pemohon utama atau pemohon tambahan
  2. Pemohon yang bergaji perlulah menyediakan dokumen seperti;
  • Salinan penyata gaji terkini
  • Salinan borang EA dan penyata KWSP terkini
  1. Pemohon yang bekerja sendiri perlulah menyediakan dokumen seperti;
  • Salinan pendaftaran perniagaan
  • Penyata bank untuk 3 bulan terkini
  • Borang B atau sebarang dokumen sokongan
  1. Pemohon yang bukan warganegara Malaysia perlulah menyediakan dokumen seperti;
  • Salinan akaun simpanan Bank Rakyat
  • Salinan surat pengesahan tempoh kontrak daripada majikan

  • January 22, 2016
  • Tags: , ,
  • Similar Posts
    Pinjaman Peribadi Bank Rakyat Awam
    Bank Rakyat Personal Loan is perhaps one of the most popular personal loan in Malaysia. Personal Financing-I Aslah Awam is...